Selamat Datang
Ke Laman Blog Sekolah
SK. Lok Yuk Bt.1 Kudat,
Peti Surat 474,
SK. Lok Yuk Bt.1 Kudat,
Peti Surat 474,
89058 Kudat, Sabah.
Tel : 088-612118.
Pengenalan
SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat terletak di atas sebuah bukit dan lebih kurang 1 kilometer dari Bandar Kudat. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah yang tertua di daerah ini. Bangunan sekolah ini diasaskan pada tahun 1906 dan adalah sebuah sekolah SRJK. Pada masa itu sekolah ini diuruskan oleh sebuah lembaga pengurusan (BCCM). Bahasa Pengantar atau aliran yang digunakan adalah Bahasa Cina.Sekolah ini terdiri daripada sebuah primary dan secondary school.
Semua perbelanjaan pengurusan sekolah ini ditanggung sepenuhnya
oleh lembaga tersebut tanpa bantuan kerajaan.
Pada sekitar tahun 1970an, pihak lembaga pengurusan (BCCM) tidak lagi mampu menampung perbelanjaan mengurus dan membayar gaji para tenaga pengajar di sekolah ini dan menyerahkan pentadbiran kepada kerajaan memerintah (Kementerian Pelajaran). Sejak itu bermulalah dua aliran sekolah iaitu SRJK (aliran Cina) dan SK (aliran Melayu). Sekolah ini diurus oleh dua pentadbiran dan terpaksa berkongsi bangunan sekolah.
SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat mempunyai kemudahan api letrik dan bekalan air tetapi bangunan sekolah ini adalah merupakan bangunan lama yang masih mempunyai beberapa kekurangan. Di tambah lagi sekolah ini adalah salah sebuah atau mungkin satu-satunya sekolah di Malaysia yang terpaksa berkongsi bangunan dengan pelajar aliran Bahasa Cina yang mempunyai terdiri daripada golongan keluarga yang serba kekurangan kerana ibubapa mereka terdiri daripada golongan yang berpendapatan rendah dan bemasa belajar yang berbeza.
Sungguhpun sekolah ini terletak berhampiran dengan bandar, ramai murid-muridnya kerja sebagai buruh kasar, petani, nelayan dan sebahagian kecil sahaja yang bekerja sebagai pegawai, pendidik, kerani, peniaga dan pengusaha.
Walaupun demikian terdapat juga murid-murid yang berbakat dan berkebolehan. Ramai juga murid dari sekolah ini yang telah berjaya melanjutkan pendidikan ke universiti, maktab dan institusi pengajian tinggi sama ada dalam negeri atau pun luar negeri. Mereka juga telah berjaya dalam hidup dan telah menyumbangkan tenaga dan berbakti sebagai pendidik, pegawai, jurutera, ahli-ahli politik, ahli-ahli perniagaan dan sebagainya.

Visi Sekolah
SK Lok Yuk Bt. 1 Kudat
GEMILANG
2025
Misi Sekolah
Melahirkan Pelajar
Yang Cemerlang
Dalam Bidang Akademik Dan
Bukan Akademik
Serta Mempunyai
Budi Pekerti Yang Tinggi
Seperti Mana Yang Dihasratkan
Oleh Falsafah Pendidikan Negara.
Lencana Sekolah
PENGERTIAN LENCANA SEKOLAH
(LAMBANG SEKOLAH)
Lambang atau lencana SK. Lok Yuk Batu 1 Kudat terdiri daripada 2 bahagian UTAMA iaitu :
BAHAGIAN PERTAMA
Tubuh utama lambang atau lencana berbentuk sebuah perisai berwarna Biru Tua atau Nilakandi.
Perisai membawa makna kekuatan.
Kekuatan semua warga sekolah menghadapi cabaran.
Di dalam Perisai terbentuk;
Nama Sekolah diwarnai kuning.
Bermaksud identiti sebuah sekolah yang dinamakan Sekolah Kebangsaan Lok Yuk Batu 1
Kudat atau ringkasnya SK. Lok Yuk Bt. 1 Kudat.
Sebuah Buku terbuka diwarnai Putih dan terpacak dua batang pensil.
Bermaksud bahawa sekolah adalah gedung ilmu.
Dua rangkai Bunga Padi diwarnai kuning
Bermaksud dalam konteks pendidikan bahawa Padi adalah ilmu yang
mesti dituntut dan sekolah sebagai pusat pendidikan akan
mengangkat martabat manusia ke tahap yang paling mulia.
Perisai dipangku oleh sehelai Skrol berwarna Biru Tua yang tertera
Cogankata sekolah “BERUSAHA DAN BERBAKTI”
Bermaksud manusia mestilah sentiasa berusaha dan mencapai apa jua yang terbaik dan sentiasa membantu kepada sesiapa jua yang memerlukan tanpa mengira darjat.
BAHAGIAN DUA
Keseluruhan lambang atau lencana sekolah menggunakan 3 jenis warna utama iaitu:
WARNA BIRU TUA ATAU NILAKANDI
WARNA KUNING
WARNA PUTIH
WARNA BIRU TUA ATAU NILAKANDI
Bermaksud Kekuatan, Perpaduan dan Semangat Kerjasama.
WARNA KUNING
Bermaksud Pengikhtirafan dan Kecemerlangan.
WARNA PUTIH
Bermaksud Kesucian, Kemurnian dan Keadilan.
Motto Sekolah
“BERUSAHA DAN BERBAKTI"
Lagu Sekolah
WAWASAN PELAJAR
SK. Lok Yuk SekolahKu
Punya Tekad Capai Wawasan
Mengorak Langkah Hingga Berjaya
Walau Cabaran Datang Melanda
Hormat, Setia Kepada Guru
Jadi Pelajar Yang Gemilang
Tetap Berjuang Tak Kenal Jemu
Ke Arah Pendidikan Cemerlang………..
Chorus:
Ibarat Kain Putih
Kami Dididik Murni
Usaha Maju Jaya Capaikan Cita-Cita
Itulah Hasrat Kami Semua.
@ Ulang Chorus.
Pentadbiran SK Lok Yuk Bt 1 Kudat
Guru Besar
SK Lok Yuk Bt 1 Kudat
En Benanta Bin Salleh
Penolong Kanan Pentadbiran ( PK1 )
Puan Haidah @ Zuraidah Binti Lamit
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid ( PKHem )
En Petrus Bin Abin
Penolong Kanan Ko Kurikulum ( PKK )
En Ahmad Bin Ali
Saya Zamjali bin Ithong @ Etong merupakan bekas pelajar SRK Lok Yuk Batu 1. Mula memasuki sekolah ini pada tahun 1987 (Tahun 1)hingga 1990 (Tahun 4). Sehubungan dengan itu saya ingin mencari sahabat lama yang mengenali diri saya. Sila hubungi saya di talian 013-8717774. Pun begitu tidak dilupakan ada di antara sahabat lama yang turut sama belajar di sekolah ini tapi telah kembali ke Rahmatullah....Al-Fatihah untuk Allahyarham Johari Hong Kim Bing......
ReplyDeleteSAYA MUAZ, XSTUDENT DIANTARA TAHUN 1998(THUN 1 WIRA HINGGA THN 3 WIRA)...KAKAK DAN ABANG PULA SEMPAT MENAMATKAN PELAJARAN sebelum berpindah. sekarang kami semua berada di ipt...terima kasih sekolah ku ^_^. skrg menyambung kat ipg kent...ambil perguruan..diantara guru yg masih saya ingat,cg thomas yong, cg judith,ustaz zahirruddin, cg. selamat,cg salina, cg siti rominah..yg lain tak ingat dah..hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum, saya Shaarizul Rosli bekas pelajar sekolah ni tahun 91-96. Rasa rindu dgn sekolah lama dan cikgu-cikgunya dulu. Sir Guradita, ckgu Bakri, ckgu Rusulan, ckgu Kamisah, ckgu Nordin, ckgu Juilis dan ramai lagi yg sudah lupa nama. Terima kasih cikguku sekalian.
ReplyDeletemr muaz..sme la...sye pon ex student skolah nie jgk..but i've moved to peninsular...hu3..sye sempat blaja kt sni smpai drjah 4 sje..dr tahun 1998-2000...klas i wira-4 wira...but i've lost contact with all my frens here...
ReplyDeleteSaya juga bekas murid srk lok yuk yg kini dikenali sebagai sk lok yuk.. Skg ini saya sendiri menjadi guru d sk lok yuk batu 1 kudat.. I student 2002-2004 (4wira-6wira). Cikgu Salamat masih mengajar di sekolah ini
ReplyDelete